PPDKT
21 | 04 | 2019
Demi Masa
Menu Utama
Organisasi
Agensi KPM










Download Surat

Pautan Pendidikan
Web Mail KPM

Maklumat Sekolah

Berita PPDKT

Aura UPSR makin terasa. Terima kasih kpd seluruh Warga Sekolah & Guru Daerah Kuala Terengganu yg sangat komited & bertungkus lumus dgn pelbagai aktiviti & program Kecemerlangan UPSR tahun 2017. Insyaallah semoga anak-anak calon UPSR thn ni dpt mencipta kegemilangan untuk daerah Kuala Terengganu.

25 JULAI 2017 - Taklimat perlaksanaan BOSOT di SMK Sultan Ahmad telah diadakan oleh PPD Kuala Terengganu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tn Timbalan PDD Tn Hj Khairi Bin Mohd Noor.

4 Julai 2017 – Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh  Y.B. Hj. A. Latiff bin Awang PJK, PJC, Pengerusi Jawatankuasa Pendididkan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri. Turut hadir bersama  ialah Ybhg. Datuk Hj. Mohd Sabri bin Alwi, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu merangkap Pegawai Penyelaras DUN Ladang serta isteri, Pengarah  Pendidikan Negeri Terengganu & Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pegawai-pegawai Penyelaras DUN,serta ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri, Pegawai – pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar serta guru-guru dari semua sekolah dalam Daerah Kuala Terengganu serta pejabat dan agensi Kerajaan dari Wisma Persekutuan & Wisma Negeri Terengganu.

17 Mac 2016 – Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu  telah berjaya mengadakan Majlis Perhimpunan PPD Kuala Terengganu Bil.1/2016 yang pertama dalam sejarah penubuhan PPD Kuala Terengganu dengan tema “Kemenjadian Murid”. Majlis kali ini dihoskan oleh Unit Pengurusan Pembangunan dan Kemanusiaan. Majlis dimulai dengan nanyian lagu Negaraku dan lagu PPD Kuala Terengganu. Seterusnya ucapan alu-aluan Tuan Haji Jelani bin Sulong, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan ucapan Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pengarah JPNT juga telah menyempurnakan penyampaian tanda ingatan hari kelahiran pegawai dan AKP yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.

Pengarah juga telah menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada empat penolong kanan sekolah-sekolah PPD Kuala Terengganu dan seterusnya merasmikan ‘TAGLINE’ PPD Kuala Terengganu “PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN”.

4 Disember 2015 – Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu telah berjaya mengadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan UPSR 2015 Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Medan Letak Kereta, PPD Kuala Terengganu. Majlis diadakan bagi meraikan semua Pengurusan Sekolah Rendah dan Penyelaras UPSR  diatas kejayaan yang cemerlang dan seterusnya meletakan PPD Kuala Terengganu ditempat kelapan peringkat kebangsaan dengan gred purata 2.06.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran jemputan khas Ybhg. Datuk Mohd Sabri  bin Alwi, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Ybhg. Dato’ Basir  bin Ismail, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, YB Bazlan bin Abdul Rahman, ADUN Batu Rakit dan semua Pegawai Penyelaras DUN di Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Turut hadir Ybhg Dato HJ Mohd Akil bin Hj Mat, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Encik Omar Bin Adam, Pengarah Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA), Dr. Wan Shaari bin wan Ismail, Ketua Eksekutif Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (PUTRA), Yang berusaha Encik Azahar bin Abu bakar, Ketua Sektor, Sektor Akademik,JPN Terengganu, Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato’ Mohd Said, Ketua PPD Setiu dan  semua wakil Ketua Sektor, JPN Terengganu.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluaan Yang Berusaha Tuan Haji Jelani bin Sulong, PPD Kuala Terengganu dan diikuti ucapan Yang Berusaha Encik Azahar bin Abu Bakar, mewakili Pengarah JPN Terengganu.

Majlis memberi kehormatan kepada Ybhg. Datuk Mohd Sabri  bin Alwi, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu untuk menyampaikan sijil penghargaan kecemerlangan UPSR 2015 kepada sebelas Guru Besar di Parlimen Kuala Terengganu. Mana kala YB Bazlan bin Abdul Rahman, ADUN Batu Rakit menyampaikan sijil penghargaan kepada tujuh Guru Besar di Parlimen Kuala Nerus.

PPD Kuala Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Apesiasi UPSR 2015.

Promosi

 

MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
(JPNT)
PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH
PPD KUALA TERENGGANU
GERAKAN PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
(PPDKT)
BORANG PERMOHONAN GURU GANTI KGSK PDF Print E-mail
Written by Mohd Khairul Aswadi   
Thursday, 03 August 2017 00:00


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MENGISI BORANG PERMOHONAN GURU GANTI KGSK

Klik Bagi Pengisian Borang Permohonan

Last Updated on Thursday, 03 August 2017 21:27
 
Makluman

 

ISI PERATUS KEHADIRAN GURU BULANAN

PPD Kuala Terengganu

Peperiksaan Awam
UPSR
11-14 September 2017
Sudah Berlalu
PT3
9-12 OKTOBER 2017
Sudah Berlalu
SPM
06Nov-04 Dis 2017
Sudah Berlalu
STAM
23-25 Oktober 2017
Sudah Berlalu
Hari Bersama Pelanggan

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Jumlah Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini100
mod_vvisit_counterSemalam77
mod_vvisit_counterMinggu Ini100
mod_vvisit_counterMinggu Lalu1052
mod_vvisit_counterBulan ini3356
mod_vvisit_counterBulan Lalu5828
mod_vvisit_counterAll days973819
We have: 5 guests online
IP Anda: 18.212.239.56
 , 
Today: Apr 21, 2019